Semua pasangan yang berumahtangga mengimpikan kediaman sendiri bersama pasangan tercinta.
Namun begitu, ada pasangan yang mengambil keputusan untuk tinggal bersama mentua atas alasan-alasan tertentu.
Ada pendapat duduk berasingan dengan dengan orang tua lebih baik
Akan tetapi kebanyakan pasangan tidak setuju untuk tinggal sebumbung dengan mentua, apa lagi dengan ahli keluarga mentua yang besar.
Betul kata orang, kita disarankan duduk berasingan dengan orang tua supaya dapat mengatur hidup sendiri dan mengelakkan krisis.
Kisah wanita ini lebih seronok tidak hidup sebumbung dengan mertua
Apatah lagi kalau dapat mentua macam mak Sabariah macam dalam cerita Kassim Selamat lagi merana.
Namun lain pula dengan kisah seorang wanita ini, bukan sahaja menjadi ‘permaisuri’ di rumah sendiri bahkan lebih seronok tidak hidup sebumbung dengan mak mentua.
Bukan benci mertua tapi duduk berdua dengan suami lebih selesa
Bukannya membenci, namun duduk berdua dengan suami tanpa ada orang lain ni jauh lebih selesa.
Baru-baru ini tular satu video perkongsian seorang wanita yang lebih dikenali dengan @dithakurnia7 di aplikasi TikTok.
Menerusi video tersebut wanita berbaju merah ini kelihatan berdiri di pintu melambai suaminya yang mahu pergi ke kerja.
Disangka mahu memulakan rutin kemas rumah atau memasak, namun dia dilihat menurunkan langsir agar kediamannya menjadi gelap.
Suami pergi kerja, isteri sambung tidur semula
Dengan langkah gembira sambil menggoncangkan tangan tanda riang, wanita ini terus naik ke atas katil untuk sambung tidur semula.
Sejak video tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok, rakaman pendek lucu ini berjaya meraih jutaan jumlah tontonan.
Raih hampir 2 juta tontanan
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih hampir 2 juta tontonan, 51.1k tanda suka dan 1559 komen.
Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi daripada para netizen dan ramai juga diantara mereka mengakui mereka gemar tidur jika bersendirian di rumah.
Biarpun begitu, ada juga segelintir yang tinggal serumah dengan mentua dan menyatakan mereka sukar untuk mendapat nikmat berkenaan dan berseloroh untuk tidak iri hati.
“Yang serumah sama mentua, jangan dengki ya.”
“Kalau duduk rumah sendiri macam-macam boleh buat.. tak ada orang halang.”
“Masa belum ada anak boleh lah sambung tidur”
Ada juga yang memberikan pendapat isteri boleh kembali menyambung tidur jika masih tiada anak-anak.
Apabila ada anak nanti, tiada lagi peluang untuk beristirehat sebegitu apabila sibuk menguruskan anak-anak pula.
“Tidak berlaku buat saya yang ikut mentua”
Malah, ada netizen yang memberikan pendapat tidak merasai pengalaman seperti wanita itu kerana tinggal bersama mertua.