Kesedaran masyarakat terhadap anak syurga terutamanya yang menghidap autism nampaknya semakin meningkat.
Dalam usaha untuk memberikan lebih pengetahuan dan kesedaran mengenai panyakit ini, satu instagram telah dibuat khas untuk Adam yang menghidap autism.
Di dalam satu perkongsian di Instagram, ibu Adam berkongsi gambar dimana wajahnya luka dicalar oleh anaknya tanpa sengaja.
Walaubagaimanapun, sebagai ibu, pastinya beliau memaafkan anak syurganya itu.
“You did it again and again. But I know you didn’t mean to… and I know you are hurting too. I never knew how strong my love is for him until love became my only hope. Mommy loves you more than life itself ADAM.”
Rata-rata netizen memuji ketabahan wanita dan keluarga ini dalam menjaga dan mendidik Adam.
Apa itu autism?
Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.
Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki.
Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Penyebab utama autism ialah :
- Komunikasi
- Tindak balas sosial
- Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal.
Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :
1. Komunikasi
- Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
- Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
- Kurang cerdas semasa bermain
- Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
2. Tindak balas sosial
- Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
- Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
- Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
- Suka bermain sendirian
3. Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
- Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
- Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
- Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
- Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi Autism
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
- Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
- Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri
- Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan Autism
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :
- Membaiki kemahiran sosial
- Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
- Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
- Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:
- Kelakuan ganas
- Hiperaktif
- Kebimbangan yang mungkin timbul