ISTERI kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi telah memohon maaf kepada suami di atas tindakannya berkaitan isu rumah tangga mereka baru-baru ini.
Nadia berbuat demikian menerusi kemas kini di ruangan Instagram (IG Story) miliknya buat tatapan umum.
“Here I want to say sorry to Tauke Jambu, ya betul saya yang salah dalam semua hal, dia tak salah apa, yang dia katakan itu semua betul.
“Statement yang saya silap sebelum ini gara-gara terlalu ikutkan hati baran, so you guys stop kecam dia okay, dia tak salah.
“Once again, I am so sorry Tauke Jambu,” tulisnya.
Sebelum ini, Nadia pernah mendakwa suaminya itu menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan mengatakan mereka sudah berpisah, namun perkara itu dinafikan sendiri oleh Tauke.
Menurut Nadia, Tauke menjatuhkan talaq kepada dirinya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp dan ketika itu dia berada di kampung.
“Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpiisah sejak masuknya tahun baharu.
“Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga,” kata Nadia ketika dihubungi Gempak. Tambah Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga.
“Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya.
“Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang.
“Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut.
“Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.
“Akhirnya, ada seorang yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-‘mention’-kan di Instagram milik Tauke. “Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke.”
Tambah Nadia, dia juga akan membawa kes ini ke mahkamah dalam masa yang terdekat. Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.
Zamatul Amri bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Raja Lawak atau Tauke Jambu (lahir 7 April 1976) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, penulis skrip dan pengarah filem Malaysia.
Beliau merupakan bekas peserta Raja Lawak Astro musim pertama bersama temannya, Allahyarham Yus Jambu.
Kerjaya seni Tauke bermula pada tahun 2001 dalam program Sinaran Passport Kegemilangan dengan Kumpulan Tak Tahu Menahu anjuran sebuah stesyen televisyen tempatan.
Malangnya nasib kurang menyebelahi beliau. Namun beliau tidak mudah berputus asa.
Pada tahun 2007 Tauke telah mendapat tempat ke-4 di dalam program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan.
Pada tahun 2011 pula, Tauke bergandingan bersama Yus Raja Lawak dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut.
Pada tahun 2012 beliau menyertai program Super Spontan dan mendapat tempat ke-3.