Connect with us

Viral

“You suruh berhenti ke tadi?” Kata Polis Tak Rileks, Gadis Ini ‘Disekolahkan’ Netizen

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya kita semua tahu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya sesebuah negeri itu dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Salah satunya termasuklah larangan merentas daerah kecuali sekiranya individu itu mempunyai kecemasan ataupun tugasan kerja yang perlu disempurnakan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai hal penting seperti itu juga perlu menunjukkan surat pengesahan daripada majikan ataupun yang telah dipohon daripada pihak berkuasa.

Baru-baru ini tular berkenaan seorang gadis yang ingin menghantar haiwan peliharaannya ke veterinar, namun ia menjadi perdebatan di antara netizen apabila video tersebut dimuat naik oleh seorang wanita ke laman Twitter pada 24 Oktober.

Apabila memberhentikan kenderaan, polis berkenaan meminta kad pengenalan dan lesen gadis tersebut.

Gadis itu mengeluarkan kad pengenalannya dan menyatakan bahawa beliau mahu ke veterinar untuk menghantar kucing peliharaannya.

Namun begitu, sudah menjadi tugas pihak polis untuk meminta surat permohonan merentas daerah sebelum melepaskan seseorang itu ke daerah lain, tetapi gadis itu gagal menunjukkan surat itu.

Menurut gadis tersebut, dia juga keliru bahawa dia perlu memberhentikan kenderaannya.

 

View this post on Instagram

 

Bercakap dekat polis mcm ambik order drivethru mcd je 🙆‍♀️

A post shared by memes_puaka™ (@memes_puaka) on

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata berpihak kepada pihak polis yang hanya menjalankan tugas.

Walau bagaimanapun, terdapat juga yang menyebelahi gadis tersebut dengan meminta bahawa pihak polis supaya bertutur dengan baik.

Walau apa pun, jangan lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersatu hati melawan pandemik COVID-19 dengan bertolak ansur, dan faham tugas masing-masing.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.