Connect with us

Semasa

YouTuber Faisal Rahman Antara Penumpang Pesawat Sriwijaya Air, Status Terakhir Jadi Perhatian

Seorang Youtuber Indonesia, Faisal Rahman menjadi salah satu korban Sriwijaya Air SJ182.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kalimat terakhir yang dituliskan lelaki itu dalam IG Story miliknya.

“Goodbye dan thankyou, Ayub Batogi dan Dewiyn, Feby dan lainnya,” tulis Faisal Rahman di Instagram Story-nya.

Bersama kalimat itu, Faisal memuat naik gambarnya yang memakai pelitup muka dan memandang ke luar tingkap pesawat.

Status itu kemudian menjadi perhatian netizen yang mengatakan Faisal sudah seperti tahu dirinya akan meninggal dunia.

Malah ada pengikutnya yang terkejut dan sedih setelah mendapat berita lelaki itu adalah antara korban pesawat yang terhempas semalam.

Untuk informasi, Faisal adalah seorang YouTuber yang memiliki saluran YouTube dengan nama Dunia Malam TV yang didaftar sejak tahun 2018.

Biarpun memiliki hanya sekitar lima ribu subscriber, dia pernah mengundang artis seperti Barbie Kumalasari untuk menjadi tetamunya.

Menerusi profilnya, Faisal juga melabelkan dirinya sebagai seorang pemilik pakaian bernama Toko Cahaya Busana dan seorang pemain piano dan gitar.

Khabar Faisal menjadi salah satu korban pesawat yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak ini diketahui selepas namanya tercatat sebagai antara 62 penumpang Sriwijaya Air SJ182 yang jatuh di perairan Kepulauan Seribu pada Sabtu (9/1).

Tidak berseorangan, ternyata Faisal dijemput Ilahi bersama adiknya, Asy Habul Yamin, yang juga terkorban dalam insiden itu.

Selain Faisal dan adiknya, diketahui seorang make up artist, MUA, Syifa Mila juga merupakan antara mangsa yang menaiki pesawat sama.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Memetik laporan Berita Harian, kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan udara adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Difahamkan, pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Rakaman video pesawat sebelum berlepas

Menerusi perkongsian di laman Twitter, beberapa portal tempatan berkongsikan keratan rakaman video pesawat tersebut sebelum berlepas.

Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, selain video pasukan Navy Indonesia menemui serpihan pesawat berkenaan.


Rakaman bingkai pesawat di peraiaran Kepulauan Seribu

Sementara itu, satu lagi perkongsian di laman Twitter oleh AvGeek4 berkongsikan rakaman momen pesawat SJY182 yang baru sahaja dalam operasi berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta sebelum hilang dari radar.

Breakingavnews turut berkongsikan video rakaman pasukan Navy Indonesia telah berjaya menemukan bingkai pesawat SJY182 di peraiaran Kepulauan Seribu.

Turut temui pakaian mangsa pesawat

Susulan itu, mereka turut menemui barangan termasuk pakaian mangsa pesawat berkenaan.

Difahamkan, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui kotak hitam (black box) pesawat SJY182 berkenaan.

Keluarga mangsa terlubat perlu tampil berikan sample DNA

Kini, kesemua keluarga mangsa terlibat perlu tampil memberikan sample DNA bagi mengesahkan identiti mangsa.

Memetik laporan CNN, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya menemui beberapa jasad mangsa di periaran berkenaan.

Beberapa tubuh mangsa yang telah ditermui senang dikenalpasti

Polis Jakarta iaitu Yusri Yunus melaporkan beberapa tubuh mangsa telah ditemui dan kini dalam proses untuk dikenalpasti.

Beberapa bahagian tubuh manusia ditemui dan kami telah membawanya ke hospital polis untuk dikenalpasti. Kami percaya barangan milik penumpang juga ditemui.

Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa nahas yang terlibat. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian getir ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.