Siapa tidak kenal dengan Kumpulan Caliph Busker yang terdiri daripada Zaki Ismail (bes), Fendy Adlun (dram), Nirwan Zainalabidin (gitar), Khairul Azmi Saat (vokal/keyboard) dan Nadira Rubiana (shaker).
Bermula dengan mencipta nama sebagai penyanyi jalanan di sekitar ibu kota, Caliph Buskers pertama kali mendapat perhatian umum sebaik sahaja membuat kemunculan pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dengan menyanyikan lagu “Romancinta” nyanyian asal kumpulan Mojo.
Terbaru, kumpulan Caliph Busker mendedahkan yang mereka masih lagi belum menerima bayaran menerusi persembahan yang dijayakan pada 9 dan 10 Disember lalu.
Menerusi kemas kini di Instagram, Calip Busker yang turut berkongsi surat perjanjian bayaran persembahan berkata, mereka bertindak mendedahkan hal tersebut kerana mereka benar-benar memerlukan wang.”
“Kepada pihak penganjur yang berkenaan, tujuan kami membuat perkongsian in ialah sebagai memberitahu kalian yang kami ahli kumpulan Caliph Buskers berserta crew sangat memerlukan wang yang telah dijanjikan kepada kami dari kerja yang sudah pun kami laksanakan.”
“Setelah tolak ansur yang kami berikan termasuk tidak memaksakan deposit yang sepatutnya kami ambil sebelum persembahan, kami juga memohon sangat-sangat tolak ansur kalian untuk dapat membayar paling tidak separuh dahulu kepada kami.”
“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun menolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian. Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami membuat persembahan,”
kata mereka.
Dalam pada itu, mereka turut memberitahu yang wang bayaran persembahan itu akan digunakan sebagai duit belanja bagi anak dan isteri mereka.
“Kami telah mengeluarkan kos untuk membayar minyak, tol dan gaji krew kami. Kami juga telah meluangkan masa, tenaga dan meninggalkan ahli keluarga kerana tempt persembahan yang jauh dengan harapan dapat membawa duit belanja untuk anak dan isteri kami.”
“Setelah itu semua kami lakukan, takkanlah satu sen pun kami tak dapat terima dari kalian? Tolonglah kami. Kalau tak mampu bayar penuh, bayar sedikit-sedikit pun jadilah. Ini satu sen pun tak ada.”
“Moon kalian kasihankan kami sebelum kasihan kami pada kalian hilang dan memaksa kami bertindak tidak seperti yang kalian inginkan.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap syarikat tersebut yang seolah ingin mengambil kesempatan keatas kumpulan Caliph Busker.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar urusan Caliph Busker dipermudahkan dan segala bayaran dilunaskan seperti yang telah dijanjikan.
Antara komen warga maya:
“Apa punya management dengan orang OKU pun nak ambil kesempatan.. zalim betul!”
“Tolong lah bayar, dah ada pula perjanjian tu.. kalau tak mampu lain kali buat persembahan sendiri..”
“Tak mampu atau kurang modal buat cara kurang modal, menyanyi sendiri jangan jemput2 jangan menganiaya orang”
Perkongsian yang tular di laman Instagram: