Connect with us

Selebriti

“Zaman dah berubah..” Isu Pelawak Sekarang ‘Kosong’, Nabil Beri Komen

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad dilihat berlapang dada menerima teguran pelawak senior Hamid Ghurka.

Walau bagaimanapun Nabil menegaskan, persaingan dunia komedi sekarang sangat kompetatif berbanding dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Menurut Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, zaman sekarang, pelawak dan program lawak terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Dunia sekarang bukan macam tu

“Kalau dapat melawak dan pada masa yang sama sampaikan mesej, alhamdulillah itu bonus tapi dunia sekarang bukan macam itu.

“Dunia komedi sekarang sangat kompetatif. Kumpulan kawan ramai dan program lawak pun banyak. Jadi, kena fikir itu. Zaman sudah berubah jadi persaingan sangat kompetatif,” katanya menerusi laporan Kosmo! Online.

Bergantung pada penonton

Nabil yang juga terkenal sebagai pengacara program MeleTOP itu mendakwa isu lawak yang tidak sensitif atau tidak mempunyai mesej, semua itu terpulang penerimaan masing-masing.

“Kalau kita rasa apa yang dilawakkan tidak sensitif, terpulang, bergantung kepada penerimaan penonton.

“Saya sebagai pelawak generasi baharu, adalah menjadi satu kesukaran untuk melahirkan idea-idea yang baharu. Macam bidang nyanyian, dunia komedi juga berevolusi.

“Kita sebagai individu yang mencari rezeki dalam bidang ini perlu sentiasa berfikir untuk melahirkan sesuatu yang baharu agar terus ke hadapan dan kelihatan relevan,” katanya.

Terdahulu, Hamid Ghurka berkata kepada Utusan Online, bahawa pelawak masa kini hanya syok sendiri dan tiada mesej dalam berjenaka.

Menurut Hamid lagi, rata-rata pelawak zaman sekarang disifatkan ‘kosong’ dan tidak sensitif dalam berjenaka, sekali gus memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.

“Pelawak sekarang banyak buat komedi syok sendiri. Tidak fikir sensitiviti orang. Kami buat lawak dulu ada mesej, bukan komedi kosong sekadar nak buat orang ketawa semata-mata.”

Hamid Gurkha yang menyifatkan segelintir pelawak zaman kini tidak sensitif dalam berjenaka sehingga boleh mencalarkan dan memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.

“Kadang-kadang ada segelintir pelawak yang buat jenaka syok sendiri. Tak ada mesej. Kelakar kosong sahaja. Kita buat lawak kena ada mesej dan jangan membuat penonton berkecil hati.

“Sebab itu orang dahulu gelar kami ‘pelawak kerajaan’. Kita bantu menyalur mesej baik walaupun dalam berjenaka. Tapi itulah, kita ini hanya mampu beri pandangan. Siapa nak dengar kan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lebih menguatkan kenyataan Hamid lagi apabila tular dalam media sosial sebuah kumpulan lawak menggunakan jenaka berunsur lucahh sehingga mengundang kecaman netizen.

Malah, Hamid turut meminta ahli kumpulan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.