Connect with us

Selebriti

Zarina Anjoulie Tuntut Amyza Aznan & Emelda Ganti Rugi 4 Juta & Mohon Maaf Terbuka

Terdahulu, kemelut yang melanda beberapa barisan pelakon dilihat berterusan antara satu sama lain.

Kemelut antara pelakon Zarina Anjoulie bersama dua orang pelakon Amyza Aznan dan Emelda Rose tidak berakhir begitu saja.

Ini kerana, Zarina Anjoulie dikatakan menuntut pampasan sebanyak 4 juta ringgit dan juga permohonan maaf terbuka dari pelakon-pelakon ini.

Mereka didakwa kerana berniat menjatuhkan reputasi Zarina

Tuntutan itu dilakukan oleh Zarina kerana mendakwa Amyza dan Emelda membuat kenyataan dengan niat menjatuhkan reputasinya di aplikasi Instagram dan Telegram.

Sementara itu Zarina yang diwakili oleh peguam iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, surut tuntutan kepada Amyza dan Emelda dihantar secara berasingan pada Rabu.

“Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui posting dan komen-komen berbaur fitnah mengenai dirinya di Telegram dan Instagram”lapor Mstar.

Zarina tuntut 3 Juta dari Amyza dan 1 juta dari Emelda

Kedua pelakon tersebut juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka selain dikenakan ganti rugi dengan jumpah yang berlainan.

“Zarina menuntut sebanyak RM3 juta daripada Amyza Aznan dan RM1 juta daripada Emelda Rose”.

Selain itu, Zarina juga memohon agar tidak membuat apa-apa tindakan dan kenyataan mengenai dirinya.

“Zarina juga memohon kedua-dua individu tersebut untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya”.

Mereka turut didakwa kerana menghasut kebencian orang awam 

“Selain itu, Zarina mahu Emelda Rose dan Amyza Aznan membuat permintaan maaf secara terbuka”.

Seterusnya membayar ganti rugi kerana merosakkan reputasinya, menyebabkan tekanan dan menghasut kebencian orang awam terhadapnya,” katanya.

Kedua individu didakwa berniat jahat dan cemarkan reputasi

Tambah Nurul Hafidzah, hantaran dan komen yang ditulis oleh dua individu itu berniat jahat dan mencemarkan reputasi anak guamnya.

“Emelda dan Amyza melakukan penyiaran dan komen-komen yang salah, menyedari ianya palsu dan dengan sengaja membahayakan kedudukan imej, jenama peribadi dan reputasi anak guam kami”.

Menurut peguam Zarina lagi, kedua individu tersebut dikatakan membuat tuduhan yang tidak berasas

“Kedua-dua individu tersebut menerbitkan tuduhan palsu dan fitnah mengenai anak guam”.

Perlakuan yang tidak bermoral

“Zarina digambarkan sebagai seorang individu yang jahat dan tidak bermoral kepada orang ramai dan mengalami trauma disebabkan insiden ini”.

“Mereka tidak mempunyai sokongan fakta ketika berulang kali menuduh dan menerbitkan hantaran dan komen yang merujuk kepadanya”.

“Banyak komen dikeluarkan oleh mereka berdua yang memalukan Zarina Anjoulie melalui penyebutan nama (name calling) dan perbuatan memalukan badan (body shaming),” katanya.

 

View this post on Instagram

 

hero2 negara ❤️

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Tindakan undang-undang juga akan diambil jika tiada maklum balas

Menurut Nurul Hafidzah lagi, perbuatan Amyza dan Emelda juga dianggap sebagai kempen pembunuhan karakter terhadap Zarina Anjoulie yang berniat jahat.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan jika surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari,” ujarnya.

Sekitar penghujung Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila timbul isu perang artis dan netizen.

Punca asal dari cadangan bantuan khusus

Hal ini bermula apabila penyanyi Black mencadangkan bantuan khusus daripada kerajaan untuk penggiat seni.

Kemudiannya isu ini menjadi besar dan telah tersebar beberapa paparan skrin perbualan selebriti.

Ia tersebar menerusi satu akaun Telegram milik Persatuan Seniman Malaysia yang didakwa menghina netizen dan pelakon Zarina Anjoulie.

Semoga segala perselisihan faham antara semua pihak dapat diselesaikan dan mencapai kata damai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.