Connect with us

Viral

“Zura, kenapa buat Amir macam ni?” Individu Dedah Pernah Jumpa Ibu Amir 4 Tahun Lalu Tapi…

Berita pemergian adik Zubaidi Amir Qusyairi ketika berada di bawah jagaan ibu kandung dan bapa tirinya meruntun hati orang ramai.

Susulan dari kisah adik Amir ini, ada seorang individu yang mendakwa pernah bertemu ibu kandung Amir pada tahun 2017.

Malah, menurutnya dia tidak sangka ibu yang Amir dikenalinya sanggup bertindak demikian.

Kisah sedih ibu kandung mangsa

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna bernama Aflieza Arshad bercerita mengenai ibu kandung mangsa.

Sebelah tangan memangku bayi sebelah lagi pegang handle motor

Imbau – 2017, aku dalam perjalanan ke ofic, di Rumah Media MITC. Awal pagi itu mataku tertncap pada seorang wanita muda.

Sebelah tangan memangku bayi dalam dukungan, seorang anak kecil dalam usia 2 tahun merangkul erat badan wanita muda itu, dan sebelah tangan lagi memegang handle motor buruk yang begitu nazakk kondisinya.

Saya ada kursus

“Jika berlaku apa2, hish, ” hati berbisik. Aku pandu kereta, menyusuri wanita tadi. Aku hon dan berhenti. Dia juga berhenti. Aku meluru keluar kereta dan bertanya.

“Adik nak ke mana ni, Ni bawa anak2 mcm ni bahayaa. Saya nak ke bangunan WAY. Ada kursus”.

Tak ada orang jaga, saya nak tambah pendapatan 

“Kenapa bawa anak naik motor mcm ni. Bahayaa, sekali lagi aku sergah”.

“Tak de orang jaga kak. Saya nak join kursus tu. Ni peluang saya untuk belajar dan tambah income. Saya tak kerja kak”.

“Nama apa? Zura Zuraida, dia jawab. Tinggalkan motor dekat McD tu, naik kereta akak hantar ke bangunan WAY tu,” aku memberi usul.

Malu  minta tolong family, mereka tak suka saya

Dia park motor di McD MITC. Kemudian aku hantar ke WAY yang jaraknya sudah tidak jauh, cuma 5 minit pemanduan.

“Zura tak de keluarga ke, tolong jagakan anak” tanyaku.

“Adik beradik ramai kak. Duduk pun merata2. Tapi saya malu nak minta tolong dengan family, mereka macam tak suka saya,” jawabnya.

Anak-anak suami lagi tua dari saya

“Kenapa pulak? Dulu masa saya belajar di KYM saya ada kenal dengan seorang lelaki ni”.

“Agak tua, jauh beza usia, macam pangkat bapak2. Tapi dah jodoh, kami kahwin. Anak2 suami lagi tua daripada saya. Mereka memang tak suka saya”.

Keluarga saya pun ada tak suka perkahwinan saya

“Keluarga saya pun, ada yang tak suka perkahwinan saya. Kami ada dua anak. Lepas tu kami cerai. Sorang anak, saya bagi orang, keluarga angkat jaga “cerita si Zura.

“Lepas tu saya kahwin lain kak. Suami sekarang muda juga la. Tapi dia pun kewangan sederhana je”.

Dah habis nanti akak ambil awak kat sini

“Dulu kerja maintenance di MITC hotel, tapi dah berhenti, gaji sikit, ni baru tiga minggu pergi kerja Singapore. Gaji sana tinggi, “ceritanya lagi.

“Dah sampai WAY ni. Pergi dulu kursus tu, dah habis nanti call akak. Akak ambil. Eh anak tak kacau ke masa kursus ni”.

“Kalau tak boleh jaga biar akak jagakan. Dah habis nanti akak ambil awak kat sini”, tanyaku.

Tak pe kak, dia tak banyak ragam sebenarnya

“Tak pe kak, ok ni. Dia tak banyak ragam sebenarnya. Lepas hantar dia ke WAY, aku balik ofic siapkan kerja2 yang tertangguh. Selepas jam 2 seingatnya, baru si Zura tu call”.

“Akak saya dah habis ni. Akak boleh ambil saya ke? dia minta kepastian. Boleh. Tunggu situ. Nanti akak sampai. Dekat je ni, “beritahuku.

Nanti akak hantar sampai rumah

“Sampai WAY, si Zura dah tunggu di bawah. Aku terus bukakan pintu kereta, dia dan anak2 masuk”.

“Jom kita makan dulu. Nanti baru akak hantar awak ambil motor. Anak2 naik kereta, akak hantar sampai rumah”.

Saya minat beauty, nak buat dropship

Aku terus bawa tiga beranak ni makan di Restoran Bung di Taman Tasik. Berselera sungguh. Sambil makan kami bersembang lagi.

“Kenapa pergi kursus kosmetik tu. Saya minat beauty kak. Kalau ada rezeki nak kerja di saloon ke. Tak pun nak buat dropship.”

Dia bercerita lebih banyak kisah hidup sedih daripada gembira

Panjang lagi dia bercerita kisah hidup. Lebih banyak sedih daripada gembira. Konklusinya, dia tertekkan. Sengasara berganda. Kasihan muda, cantik, tapi diduga berbagai penderitaan.

Selepas makan aku hantar dia ke McD, ambil motor. Anak2 dalam kereta. Aku mengekori dia dari belakang.

Sepanjang Krubong ke MITC akak sorang je berhenti bantu saya

Bawaannya sangat perlahan. Perlahan yang merbahayaa. Jauh juga. Dari Krubong ke MITC pagi tadi dengan mempertaaruhkan dua anak. Kalau apa2 terjadi di tengah jalan, oh seram.

“Akak terima kasih banyak, tak terbalas jasa dan budi baik akak. Sepanjang jalan dari Krubong ke MITC tu tak de seorang pun yang berhenti nak bantu saya”.

Dia terus peluk sambil menangis

“Tapi Allah hadirkan akak untuk saya pagi ni. Terima kasih kak,” dia mencium tanganku. Terus peluk sambil menangis. Aku turut sebak.

“Tak apa la Zura. Itu yg termampu akak bantu. Akak risaukan anak2 tu. Lain kali jgn buat mcm tu lagi”.

Entah apa deritaanya yang tidak terluah

“Jika ada kerja tak de orang nak jaga anak bagi tau. Boleh tinggalkan sekejap di rumah akak. Anak2 akak pun ada boleh tolong layan anak2 Zura”.

“Ok akak nak balik ofic semula ni. Masih byk kerja. Zura take care. Apa2 call akak ye,” balasku sambil memegang tangannya. Air mata bertakung. Entah apa lagi deritanya ketika itu yang tidak terluah.

Zura, kenapa begini

Menurut individu ini, sejak peristiwa tersebut mereka mula berhubung. Sesekali akan bertukar gambar dan berita.

Malah, dia turut menerima luahan seperti wanita ini tertekkan dan minta dibantu.

“Akak, baby dah besar. Akak, ada kerja kosong tak. Akak, saya sttress. Akak, apa nak buat ni. Akak, boleh bantu saya,”

“Zura! Kenapa begini!!” kongsinya.

Dalam pada itu, individu ini juga melahirkan rasa terkejut apabila mendapat khabar berita mengenai adik Amir.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.