Connect with us

#MalaysiaBaru

Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Latihan dan Demo Guna Peluru Hidup

Buat semua orang Awam yang tak faham. Saya dah malas nak menjawab.

Kali ini saya bagi ayat yang paling mudah untuk semua faham.

Soalan : kenapa perlu guna peluru hidup berbanding peluru kapur ( blank ) untuk demo

Jawapan : kerana Tentera di ajar untuk menembak tepat ke sasaran yang hendak dituju. Dan Komando adalah unit paling elit dalam ATM yang kehidupan seharian mereka (latihan) sebilang masa menggunkan peluru hidup. Boleh di katakan setiap Hari mereka “bermain” dengan peluru hidup.

Kenapa?

Jawapan : kerana mereka adalah barisan paling hadapan jika berlaku sesuatu ancaman. Bukan mereka nak tunjuk gagah atau hebat di mata awam. Ini kerana mereka sentisa berhadapan dengan risiko Menembak atau ditembak. Demo ini untuk membuktikan kepada anda semua bahawa tentera kita sentiasa bersiap sedia. Termasuk bersedia berhadapan situasi peluru hidup.

Apa kena mengena mempertahankan negara dengan demo menggunakan peluru hidup?

Jawapan : Kerana mereka adalah yang terlatih di antara yang terlatih. Mereka di latih untuk tidak sesekali tersasar dari sasaran. Demo ini untuk menguji keyakinan penembak dan yang di tembak. Percaya pada peralatan, percaya pada ketepatan dan juga percaya pada Takdir Tuhan.

Tapi kenapa kali ini tersasar?

Jawapan : Takdir Allah yang maha ESA. Siapa anda nak lawan. Kita semua manusia. Tidak terlepas dari kesilapan. Tuan-tuan biasa potong bawang?

Seumur hidup tuan mengendalikan pisau untuk potong bawang, tak pernah ke sekali terhiris jari atau tersalah potong? Ini dinamakan kemalangan. Sesuatu yang tidak diduga.

Saya bagi contoh mudah.

Ada seorang pegawai Bomba. Arwah Abu Zarin atau nama panggilan Wira Penyelamat. Pakar haiwan berbisa. Terutama ular tedung Selar. Arwah sentiasa menjadi orang pertama yang berhadapan dengan haiwan berbisa itu.

Arwah meninggal dunia kerana dipatuk ular ketika sesi mandikan ular dan mengajar anak buahnya.

Dalam kes ini, nampak tak risiko yang dihadapi?

Kenapa tuan-tuan tak nak soal?

Asal tak pakai ular getah je sebagai latihan atau demo?

Sebab pekerjaan mereka sememangnya mulia lagi berbahaya. Mereka tahu risiko mereka.

Dan saya harap tuan-tuan faham dan jelas. Kenapa demo itu menggunakan peluru hidup.

Tugas mereka memang berbahaya dan berisiko. Mereka faham.

Cukup-cukuplah ber soal itu ini. Doakan agar kedua Arwah, sentiasa dicucuri rahmat dari Allah dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Saya tak mintak tuan-tuan faham tugas mereka, cuma saya mintak tuan-tuan berhenti dari menyalahkan sesiapa.

Semuanya takdir.

Alfatihah kepada kedua Hero. Mereka Hero dalam bidang mereka.

Kematian mereka mulia.
Kematian kita?

Artikel ini adalah tulisan asal Tuan Rahman Nanyan di Facebook beliau. Anda boleh membaca di pautan asal di sini.

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.